Wednesday, May 5, 2010

Doa pagi dialun lembut dari dewan makan. Syahdunya. Tapi mata ni berat betul. Entah apa la yang bergayut kat mata aku ni. Sejak ustaz Syukri ni pindah ke sekolah ni, tiap-tiap pagi dengar doa pagi. Punya la kuat sound dia tapi aku degil jugak bangun lambat macam slalu.

Kringggg!!!!...arghh,baru pukul 5.30 pagi. pukul 5.50 dah nak kena ada kat surau. "Nur, bangun. Dah lambat ni. Hang nak kita kena denda dengan ustaz lagi ka? cepat, pi mandi. Aku pun baru bangun ni.Aku dah dapat shower. Aku letak toiletries hang depan pintu shower aku." Awal betul Huda kejut aku. Ikut undang-undang sekolah ni dah lewat dah ni. Aku pun dengan malas bangun. Sayangnya nak tinggal tilam empuk ni walaupun tilam kat rumah aku lagi berganda empuk. Bila mata dah macam kena pukau mengantuk tidur atas lantai pun boleh kata empuk. Dah la semalam siapkan homework sampai 3 pagi. Adoi, penat la macam ni. Aku pun segera bergegas ke bilik air."Huh??ramai nak mampus orang. Awat hari ni semua pakat nak bangun lambat ni?"Agaknya semua sehati sejiwa nak kena denda ni lambat pi surau.tak da la besar mana bilik air ni. Yang penting bersih. Hari-hari mak cik cleaner cuci.

Ish,awat Huda lama sangat ni.Dia duk buat pebenda lama sangat. "Huda, lama lagi ka?hang tertidoq dalam tu ka?Awat lama sangat hang mandi?"berserah dah kalau lambat ni.."Nur,aku tengah cuci lantai bilik air ni. Mak cik cleaner lupa cuci kot." Huda cuba membuat Nur gelabah."Huh??hang biar betul Huda. Jangan nak wat rajin tak kena tempat pulak."Nur dah mula cuak."hahaha" Mengekek Huda gelak dapat kenakan Nur pagi-pagi buta ni." Aku gurau ja la Nur. Bila masa pulak aku rajin nak wat part time ni. Aku nak siap dah ni. Tunggu sat ja lagi."
Ceh, Huda ni memang nak kena. Sempat lagi subuh macam ni nak merapu.

2 comments:

  1. wah~..not..nama aku weh..ehhe..

    ReplyDelete
  2. asal ustad syukri neh? bukan ustad suhaimi ke? muahaha.

    ReplyDelete